Thursday, August 14, 2014

Simulasi dalam Proses Pembuatan Produk



Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), simulasi bermaksud perbuatan (latihan dll) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya (Kamus Dewan, 2007). Simulasi dalam proses pembuatan adalah proses pengujian yang dilakukan pada model atau prototaip yang dibina untuk menguji keberkesanan sesuatu produk sebelum dipasarkan atau digunakan dalam keadaan yang sebenar. Sebagai contoh, Simulasi penerbangan adalah sebuah sistem untuk mewujudkan gambaran penerbangan sebenar sebuah pesawat dan sering digunakan oleh industri penerbangan komersial dan militeri untuk melatih juruterbang menghadapi  bencana selain membiasakan mereka dengan sesebuah pesawat yang baharu dihasilkan.

Saturday, September 14, 2013

AutoCAD

AutoCAD ialah satu perisian yang biasa digunakan oleh ramai perekabentuk kejuruteraan untuk menghasilkan sesuatu lukisan produk yang hendak dihasilkan. Sepertimana perisian-perisian lain, seseorang memerlukan kesungguhan dan kebolehan untuk menguasainya.  Sebagai permulaan, tajuk ini akan menekankan kepada asas-asas utama yang perlu diberikan perhatian bagi seseorang yang baru hendak mengenali perisian ini.

PERKAKASAN KOMPUTER
Komputer sepertimana semua maklum merangkumi beberapa elemen asas iaitu unit pemprosesan pusat (CPU), paparan (monitor), papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse). Kebanyakkan komputer yang ada di pasaran ketika ini adalah sesuai untuk perisian AutoCAD.  Walau bagaimanapun, sebelum membeli adalah lebih baik anda bertanya dahulu dengan mereka yang arif mengenainya.  PERISIAN AUTOCAD  AutoCAD telah wujud dalam satu jangkamasa yang agak lama. Perisian ini dibangunkan untuk tujuan komersial dan telah melalui berbagai peringkat evolusi sehinggalah hari ini.  Versi terbaru adalah berasaskan kepada aplikasi windows berbanding versi sebelumnya yang berasaskan disk operating system (DOS).  Paparannya lebih menarik dengan kehadiran berbagai ikon yang bertujuan untuk memudah pengguna memberi arahan selain kelihatan lebih menarik. Paparan dan ikon-ikon ini boleh diubah-ubah sesuai dengan keperluan semasa atau kehendak pengguna.


KAEDAH INSTALASI
Perisian AutoCAD secara umum perlu di install ke dalam sesebuah komputer sebelum ia boleh berfungsi dengan sempurna. Biasanya perisian AutoCAD dibekalkan dalam cakera pada (CD) berserta dengan nombor siri yang sah.  Apabila CD dimasukkan ke dalam pemacu cakera padat, seseorang hanya perlu memberi respon kepada maklumat yang dikehendaki oleh komputer.  Biasanya, semuanya ada disertakan dalam buku panduan yang dibekalkan. Jika perlu, dapatkan khidmat rakan yang telah biasa dengan perisian AutoCAD.   

Wednesday, June 27, 2012

Shell Mould Casting


Tuangan merupakan cara yang paling cepat untuk menukarkan bahan mentah kepada rekabentuk komponen yang mudah atau kompleks. Lebih daripada 85% daripada leburan logam adalah dituangkan ke dalam tuangan pasir manakala 15% adalah diperbuat daripada tuangan cengkerang (shell mould casting) seramik atau tuangan logam. Proses tuangan dikatakan selesai setelah menuangkan bahan leburan ke dalam rongga acuan kepada bentuk yang diingini sehingga menjadi keras dan padat. Pelbagai kaedah dapat digunakan bagi membentuk bahan leburan kepada produk yang dikendaki dan berguna. Proses tuangan ini mula digunakan sejak 4000 B.C. untuk menghasilkan barang perhiasan, mata anak panah dan objek lain-lain lagi. Pada masa kini proses tuangan kerap kali digunakan dalam menghasilkan komponen blok enjin, kepala silinder, piston, bilah turbin, landasan keretapi dan tayar kenderaan. Hampir kesemua proses tuangan berjaya menghasilkan bentuk yang dikendaki. Penggunaan bahan mentah yang sesuai dan proses yang teliti adalah penting bagi menjamin penghasilan produk tuangan yang ekonomik dan berkualiti.

Extrusion

Extrusion atau penyemperitan adalah satu proses dalam bidang pembuatan. Ia adalah satu proses yang dilakukan dengan menyemperit atau menekan keluar bahan mentah melalui satu bukaan acuan(die) yang mempunyai bentuk-bentuk tertentu yang telah siap direkabentuk. Ia dilakukan sama ada dengan mencairkan bahan mentah ataupun tidak. Kebiasaannya produk-produk akhir yang terhasil adalah panjang ataupun di potong dan mempunyai bentuk seperti rod, rel ataupun paip. Apa yang menarik mengenai proses penyemperitan ini adalah sewaktu produk dihasilkan, proses ini bukan sahaja mengawal diameter luar bagi produk malahan acuan juga dibentuk untuk mengawal diameter dalam bagi produk. Untuk memudahkan kefahaman ialah bayangkan ubat gigi yang diletakkan di dalam tiubnya. Apabila kita ingin menggunakan ubat gigi tersebut kita akan memicitnya keluar dan ubat gigi yang keluar akan mengikut bentuk muncung pengeluarnya. Jadi itu adalah salah satu contoh mudah untuk menggambarkan proses penyemperitan di mana ubat gigi sebagai bahan mentah dan muncung keluarannya adalah acuan. Contoh produk yang dihasilkan dengan menggunakan proses penyemperitan ialah pasta, paip air dan rel landasan kereta api

Pengedaran Perniagaan


Sesuatu produk yang canggih rekabentuknya, dipromosikan dengan hebat dan mempunyai harga yang menarik tidak akan memberi kepuasan kepada pengguna sekiranya produk tersebut tidak diagihkan secara meluas. Dalam hal ini satu sistem pengedaran atau dikenali sebagai saluran pengedaran yang tepat dan berkesan amat diperlukan. Pengedaran ialah satu proses memindahkan barangan dari pusat pengedaran(pengeluar) kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka. Dalam kata lain ia adalah satu proses di mana produk yang dihasilkan oleh pengeluar dipindahkan melalui saluran pengedaran yang ekstensif supaya sampai kepada pengguna. Pengedaran adalah satu komponen campuran pemasaran. Ia berfungsi untuk menyampaikan “produk yang betul” kepada “ pelanggan yang betul”, di “tempat dan pada masa yang betul”. Campuran pengagihan pula ialah penggunaan kaedah atau kaedah-kaedah yang berbagai-bagai untuk membolehkan produk syarikat sampai kepada pengguna. Dalam memasarkan produk dalam pasaran, pengeluar menyerahkan sebahagian tugas jualan kepada orang tengah. Mereka merupakan pakar dalam aktiviti belian dan jualan. Kepakaran mereka juga merangkumi tugas-tugas pengedaran seperti membiayai, membekal maklumat pasaran, menyediakan pergudangan, menyediakan produk dengan kehendak penggunan dan menjalinkan hubungan rapat dengan pelanggan.

MATRADE


Keadaan pasaran global yang kian berkembang dan meningkat pada ketika ini selaras dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah mengakibatkan wujudnya satu suasana perniagaan yang sangat kompetitif  dan maju. Sehubungan dengan itu, syarikat-syarikat tempatan hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk bertindak mengambil langkah yang drastik sesuai dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling. Berbagai-bagai pihak terutamanya pihak kerajaan banyak memberi sumbangan dan sokongan yang berterusan dalam usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat yang ada di Malaysia membangun dan berkembang bukan sahaja di peringkat negara bahkan juga di peringkat global. Keadaan ini adalah penting untuk mewujudkan usahawan negara yang lebih berdaya saing, bersemangat dan berkeyakinan dalam mengembangkan produk dan perkhidmatan yang dijalankan. Menyedari akan kepentingan ini, kerajaan telah menubuhkan beberapa badan yang dapat membantu enterpris / usahawan untuk mendapatkan bantuan dan maklumat. Antaranya adalah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang mana telah ditubuhkan sejak 1 Mac 1993 sebagai promosi perdagangan luar oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa. MATRADE  berfungsi sebagai pusat aktiviti bagi pengeksport rakyat Malaysia dan pengimport-pengimport asing untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan perdagangan. Dengan menyediakan maklumat kajian pasaran dan nasihat-nasihat yang relevan, MATRADE membantu pengimport-pengimport Malaysia kepada satu kedudukan produk dan perkhidmatan yang lebih baik  di dalam persaingan pasaran dunia. Misi perbadanan ini ditubuhkan adalah untuk mengembangkan dan mempromosikan eksport Malaysia kepada seluruh pelusok dunia. Dengan itu, ia dapat mempertingkatkan bukan sahaja ekonomi negara  tetapi juga dapat membuka peluang kepada negara untuk maju seiring dengan negara-negara lain di dunia.

Pembangunan Hartanah


Pembangunan harta tanah adalah satu aktiviti dinamik dan komplek yang memerlukan gandingan berbagai faktor termasuk kebolehan merancang, mengurus, menilai risiko, mengambil keputusan yang berkesan dan mengawal pengawai profesional terlibat. Tempoh masa yang diambil juga bergantung kepada saiz dan kompleksiti sesebuah projek. Proses pembangunan harta tanah juga adalah  berbeza di antara satu negeri dengan negeri yang lain atas perbezaan dari segi prosedur kerja dan pentadbiran atau pun pemakaian perundangan yang agak berlainan. Boleh dikatakan bahawa pembangunan hartanah merupakan salah satu kaedah yang biasa digunakan oleh pihak berkuasa dalam membahagikan sesuatu kawasan atau bidang tanah serta bangunan kepada kegunaan-kegunaan tertentu. Kaedah ini sahaja bukan dapat membantu dalam marancang, mengatur dan mengawal pembangunan malah dapat mewujudkan suatu keadaan yang teratur dan harmoni, ini adalah kerana, perancangan dan penentuan corak pembangunan hartanah sacara sistematik dapat mengawal kepadatan gunaan dan perletakan yang sesuai dengan kepadatan persekitaran.