Sesuatu produk yang canggih rekabentuknya,
dipromosikan dengan hebat dan mempunyai harga yang menarik tidak akan memberi
kepuasan kepada pengguna sekiranya produk tersebut tidak diagihkan secara
meluas. Dalam hal ini satu sistem pengedaran atau dikenali sebagai
saluran pengedaran yang tepat dan berkesan amat diperlukan. Pengedaran ialah
satu proses memindahkan barangan dari pusat pengedaran(pengeluar) kepada
pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka. Dalam kata lain ia
adalah satu proses di mana produk yang dihasilkan oleh pengeluar dipindahkan
melalui saluran pengedaran yang ekstensif supaya sampai kepada pengguna.
Pengedaran adalah satu komponen campuran pemasaran. Ia berfungsi untuk
menyampaikan “produk yang betul” kepada “ pelanggan yang betul”, di “tempat dan
pada masa yang betul”. Campuran pengagihan pula ialah penggunaan kaedah atau
kaedah-kaedah yang berbagai-bagai untuk membolehkan produk syarikat sampai
kepada pengguna. Dalam memasarkan produk dalam pasaran, pengeluar menyerahkan
sebahagian tugas jualan kepada orang tengah. Mereka merupakan pakar dalam
aktiviti belian dan jualan. Kepakaran mereka juga merangkumi tugas-tugas
pengedaran seperti membiayai, membekal maklumat pasaran, menyediakan
pergudangan, menyediakan produk dengan kehendak penggunan dan menjalinkan
hubungan rapat dengan pelanggan.
Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts
Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts
Wednesday, June 27, 2012
MATRADE
Keadaan pasaran
global yang kian berkembang dan meningkat pada ketika ini selaras dengan
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah mengakibatkan wujudnya satu
suasana perniagaan yang sangat kompetitif
dan maju. Sehubungan dengan itu, syarikat-syarikat tempatan hendaklah
memainkan peranan masing-masing untuk bertindak mengambil langkah yang drastik
sesuai dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling. Berbagai-bagai
pihak terutamanya pihak kerajaan banyak memberi sumbangan dan sokongan yang
berterusan dalam usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat yang ada di Malaysia
membangun dan berkembang bukan sahaja di peringkat negara bahkan juga di
peringkat global. Keadaan ini adalah penting untuk mewujudkan usahawan negara
yang lebih berdaya saing, bersemangat dan berkeyakinan dalam mengembangkan
produk dan perkhidmatan yang dijalankan. Menyedari akan kepentingan ini,
kerajaan telah menubuhkan beberapa badan yang dapat membantu enterpris /
usahawan untuk mendapatkan bantuan dan maklumat. Antaranya adalah Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang mana telah ditubuhkan sejak 1 Mac 1993
sebagai promosi perdagangan luar oleh Kementerian Perdagangan dan Industri
Antarabangsa. MATRADE berfungsi sebagai
pusat aktiviti bagi pengeksport rakyat Malaysia dan pengimport-pengimport
asing untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan perdagangan. Dengan
menyediakan maklumat kajian pasaran dan nasihat-nasihat yang relevan, MATRADE
membantu pengimport-pengimport Malaysia
kepada satu kedudukan produk dan perkhidmatan yang lebih baik di dalam persaingan pasaran dunia. Misi
perbadanan ini ditubuhkan adalah untuk mengembangkan dan mempromosikan eksport Malaysia
kepada seluruh pelusok dunia. Dengan itu, ia dapat mempertingkatkan bukan
sahaja ekonomi negara tetapi juga dapat
membuka peluang kepada negara untuk maju seiring dengan negara-negara lain di
dunia.
Pembangunan Hartanah
Pembangunan harta tanah adalah satu aktiviti dinamik dan komplek yang
memerlukan gandingan berbagai faktor termasuk kebolehan merancang, mengurus,
menilai risiko, mengambil keputusan yang berkesan dan mengawal pengawai profesional
terlibat. Tempoh masa yang
diambil juga bergantung kepada saiz dan kompleksiti sesebuah projek. Proses
pembangunan harta tanah juga adalah
berbeza di antara satu negeri dengan negeri yang lain atas perbezaan
dari segi prosedur kerja dan pentadbiran atau pun pemakaian perundangan yang
agak berlainan. Boleh dikatakan bahawa pembangunan
hartanah merupakan salah satu kaedah yang biasa digunakan oleh pihak berkuasa
dalam membahagikan sesuatu kawasan atau bidang tanah serta bangunan kepada
kegunaan-kegunaan tertentu. Kaedah ini sahaja bukan dapat membantu dalam
marancang, mengatur dan mengawal pembangunan malah dapat mewujudkan suatu
keadaan yang teratur dan harmoni, ini adalah kerana, perancangan dan penentuan
corak pembangunan hartanah sacara sistematik dapat mengawal kepadatan gunaan
dan perletakan yang sesuai dengan kepadatan persekitaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)