Brainstorming atau sumbangsaran
didefinisikan sebagai satu cara untuk mendapatkan idea yang banyak daripada
sekumpulan orang pada masa yang singkat. Sumbangsaran adalah satu kaedah di dalam
penjanaan idea (idea generation) yang dicipta oleh Alex Osborn pada lewat tahun
40an. Kaedah ini lebih digunakan dalam
berbagai keadaan penyelesaian masalah. Kaedah ini telah terbukti berjaya menghasilkan banyak produk kreatif melalui pengubahsuaian dan pengemasan idea-idea terpilih. Ianya boleh dilakukan secara individu atau
pun dalam kumpulan. Sesi sumbangsaran
selalunya dijalankan secara pertuturan (verbal) dan ianya juga boleh dilakukan
dengan cara lain, umpamanya ahli muzik menggunakan note muzik,
penari dengan pergerakan tubuhnya dan ruang, manakala pelukis dan perekabentuk dengan struktur, isipadu dan perhubungan. Ianya boleh digunakan untuk menjana idea-idea di peringkat awal
rekabentuk atau ketika anda menghadapi kebuntuan untuk menghasilkan idea-idea baru.
Showing posts with label Rekabentuk Industri. Show all posts
Showing posts with label Rekabentuk Industri. Show all posts
Wednesday, June 27, 2012
Benchmarking
Benchmarking
atau menandaaras adalah satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan
melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sejenis atau daripada
organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Sesebuah
organisasi memperkenalkan konsep ini dengan hasrat organisasi mereka sentiasa
mengambil langkah atau tindakan proaktif dalam membuat sebarang urusan pentadbiran
dan pengurusannya. Kecemerlangan pasti akan dapat dicapai dengan belajar dari
kejayaan- kejayaan orang lain.
Menandaaras adalah suatu alat untuk mengenalpasti dan mencapai kejayaan. Sebuah organisasi
akan meninjau dan membuat perbandingan dengan rakan rujukan untuk menambahbaik
suatu produk, proses atau perkhidmatan. Sebagai contoh: Sesebuah organisasi
atau pengeluar akan meninjau perjalanan syarikat terkemuka bagi mempelajari amalan-amalan terbaik yang terbukti membawa kejayaan cemerlang dalam sesuatu projek atau proses untuk diamalkan pula dalam organisasi mereka.
Oleh yang
demikian menandaaras adalah satu proses yang berterusan dalam mengenalpasti dan mencari
metodologi yang terbaik, juga dalam menyesuaikan barangan keluaran dan
perkakasan mereka bagi menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.. Selain itu, menanda aras
juga digunakan bagi tujuan membuat perbandingan prestasi sesuatu produk bagi tujuan pembaikan berterusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)