Wednesday, June 27, 2012

Benchmarking


Benchmarking atau menandaaras adalah satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sejenis atau daripada organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Sesebuah organisasi memperkenalkan konsep ini dengan hasrat organisasi mereka sentiasa mengambil langkah atau tindakan proaktif dalam membuat sebarang urusan pentadbiran dan pengurusannya. Kecemerlangan pasti akan dapat dicapai dengan belajar dari kejayaan- kejayaan orang lain.

Menandaaras adalah suatu alat untuk mengenalpasti dan mencapai kejayaan. Sebuah organisasi akan meninjau dan membuat perbandingan dengan rakan rujukan untuk menambahbaik suatu produk, proses atau perkhidmatan. Sebagai contoh: Sesebuah organisasi atau pengeluar akan meninjau perjalanan syarikat terkemuka bagi mempelajari amalan-amalan terbaik yang terbukti membawa kejayaan cemerlang dalam sesuatu projek atau proses untuk diamalkan pula dalam organisasi mereka.

Oleh yang demikian menandaaras adalah satu proses yang berterusan dalam mengenalpasti dan mencari metodologi yang terbaik, juga dalam menyesuaikan barangan keluaran dan perkakasan mereka bagi menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.. Selain itu, menanda aras juga digunakan bagi tujuan membuat perbandingan prestasi sesuatu produk bagi tujuan pembaikan berterusan.

No comments:

Post a Comment