Wednesday, June 27, 2012

Ergonomik Organisasi

Ergonomik organisasi didefinisikan sebagai bidang sains yang menumpukan kepada mengoptimakan sistem sosio teknikal, termasuklah struktur organisasi, polisi dan proses. Ergonomik organisasi sangat diperlukan dalam bidang-bidang pengeluaran yang meliputi pengendalian bahan, kesihatan, industri perkhidmatan dan lain-lain. Egonomik organisasi dapat ditingkatkan dengan melakukan beberapa proses seperti penilaian  sistem kerja, analisa bahaya tugas, isu kelakuan dalam ergonomik, keupayaan meningkatkan program kesedaran syarikat, pentadbiran kesihatan dan memahami asas ergonomik, serta memahami prinsip organisasi untuk satu sistem pendekatan kepada proses pembangunan ergonomik.  Di dalam sesebuah organisasi pihak pengurusan merupakan orang yang paling penting untuk membangunkan ergonomik di tempat kerja.  Pihak pengurusan perlu memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan kejayaan dalam proses membangunkan ergonomik di dalam organisasi mereka. Majikan perlu bertanggungjawab menyediakan persekitaran kerja yang selesa bagi menghargai komitmen pekerja terhadap tugas yang diamanahkan.

No comments:

Post a Comment