Wednesday, June 27, 2012

Pengenalan Kepada Ergonomik


Ergonomik merupakan perkataan perkataan Greek ‘ergon’ yang bermaksud ‘kerja’ dan ‘nomos’ yang bermaksud ‘undang-undang’. Di Amerika Syarikat, mereka menggunakan istilah ‘human factors’ atau faktor kemanusiaan.yang didefinasikan sebagai “memahami lelaki, wanita dan kanak-kanak semasa bekerja, semasa bermain dan semasa rehat” ( Hubel, 1984 p.72). Faktor kejuruteraan Kemanusiaan pula didefinasikan sebagai suatu koleksi dan penggunaan data-data fizikal dan psikologi manusia. Ini termasuklah ciri-ciri kebolehan manusia dan hubungannya dengan mesin, kerja-kerjanya dan juga persekitaran. Cabang ilmu ini juga mengambil kira tentang keselamatan, keselesaan dan produktiviti pengguna apabila mengendali atau menggunakan sesuatu produk. Kesan daripada produk dan kerja yang dilakukan terhadap sosial juga tidak kurang pentingnya untuk diambil kira. Oleh yang demikian istilah faktor kemanusiaan dan ergonomik secara umumnya adalah serupa.

No comments:

Post a Comment