Wednesday, June 27, 2012

Extrusion

Extrusion atau penyemperitan adalah satu proses dalam bidang pembuatan. Ia adalah satu proses yang dilakukan dengan menyemperit atau menekan keluar bahan mentah melalui satu bukaan acuan(die) yang mempunyai bentuk-bentuk tertentu yang telah siap direkabentuk. Ia dilakukan sama ada dengan mencairkan bahan mentah ataupun tidak. Kebiasaannya produk-produk akhir yang terhasil adalah panjang ataupun di potong dan mempunyai bentuk seperti rod, rel ataupun paip. Apa yang menarik mengenai proses penyemperitan ini adalah sewaktu produk dihasilkan, proses ini bukan sahaja mengawal diameter luar bagi produk malahan acuan juga dibentuk untuk mengawal diameter dalam bagi produk. Untuk memudahkan kefahaman ialah bayangkan ubat gigi yang diletakkan di dalam tiubnya. Apabila kita ingin menggunakan ubat gigi tersebut kita akan memicitnya keluar dan ubat gigi yang keluar akan mengikut bentuk muncung pengeluarnya. Jadi itu adalah salah satu contoh mudah untuk menggambarkan proses penyemperitan di mana ubat gigi sebagai bahan mentah dan muncung keluarannya adalah acuan. Contoh produk yang dihasilkan dengan menggunakan proses penyemperitan ialah pasta, paip air dan rel landasan kereta api

No comments:

Post a Comment