Wednesday, June 27, 2012

Pengedaran Perniagaan


Sesuatu produk yang canggih rekabentuknya, dipromosikan dengan hebat dan mempunyai harga yang menarik tidak akan memberi kepuasan kepada pengguna sekiranya produk tersebut tidak diagihkan secara meluas. Dalam hal ini satu sistem pengedaran atau dikenali sebagai saluran pengedaran yang tepat dan berkesan amat diperlukan. Pengedaran ialah satu proses memindahkan barangan dari pusat pengedaran(pengeluar) kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka. Dalam kata lain ia adalah satu proses di mana produk yang dihasilkan oleh pengeluar dipindahkan melalui saluran pengedaran yang ekstensif supaya sampai kepada pengguna. Pengedaran adalah satu komponen campuran pemasaran. Ia berfungsi untuk menyampaikan “produk yang betul” kepada “ pelanggan yang betul”, di “tempat dan pada masa yang betul”. Campuran pengagihan pula ialah penggunaan kaedah atau kaedah-kaedah yang berbagai-bagai untuk membolehkan produk syarikat sampai kepada pengguna. Dalam memasarkan produk dalam pasaran, pengeluar menyerahkan sebahagian tugas jualan kepada orang tengah. Mereka merupakan pakar dalam aktiviti belian dan jualan. Kepakaran mereka juga merangkumi tugas-tugas pengedaran seperti membiayai, membekal maklumat pasaran, menyediakan pergudangan, menyediakan produk dengan kehendak penggunan dan menjalinkan hubungan rapat dengan pelanggan.

No comments:

Post a Comment