Wednesday, June 27, 2012

Hybrid Car


Hybrid car atau kereta hybrid adalah satu contoh revolusi termaju dalam bidang automotif. Apakah sebenarnya kenderaan hybrid? Kenderaan ini boleh terdiri daripada pelbagai bentuk atau rupa sebarang kenderaan yang mempunyai dua atau lebih sumber kuasa yang membekalkan kuasa tambahan secara langsung dianggap suatu hybrid. Kereta hybrid berfungsi dengan menyepadukan sebuah enjin gas, sebuah motor elektrik dan suatu bateri berkuasa tinggi tanpa pencantuman. Bateri membakalkan kuasa untuk motor elekrtik dan dicas semula dengan memerangkap tenaga yang biasanya hilang semasa penyahpecutan. Kereta Hybrid mengoptumumkan penggunaan tenaganya supaya kuasa yang ada dapat digunakan sepenuhnya tanpa dibazirkan. Selain menggunakan enjin yang lebih kecil dan efisyen, kereta hybrid mengadaptasi banyak teknik lain untuk menambah kualiti bahan bakarnya. Keadaan ini akan meningkatkan lagi kemampuan kereta hybrid dalam jumlah kilometer per jam perjalanannya. Seterusnya untuk potensi jangka panjang, kereta hybrid mampu untuk meningkat lebih cepat walaupun harganya mahal, ini kerana menggunaan bahan api petrol yang sedikit dengan jarak perjalanan yang tinggi memberi suatu insentif kepada pengguna untuk memiliki kenderaan hybrid.

No comments:

Post a Comment