Wednesday, June 27, 2012

Sistem iPod

Sistem iPod adalah hasil kombinasi kemajuan teknologi komputer dan teknologi MP3. Syarikat komputer, Apple merupakan pereka bentuk dan syarikat yang telah memperkenalkan sistem iPod ini ke seluruh dunia. iPod telah mencetuskan revolusi baru dalam pendengaran muzik apabila ia dijual sebagai peralatan yang melambangkan gaya hidup dan bukan berasaskan kepada minat terhadap muzik. Sistem iPod ini menggunakan cip PortalPlayer untuk menghasilkan bunyi audio yang lebih berkualiti. Ia menggunakan 32-bit ARM7TDMI processor core. Cip PortalPlayer yang digunakan adalah jenis cip PP5002 system-onchip yang merupakan cip SuperIntegrationTM yang lengkap dengan audio digital yang menggunakan ARM7TDMI microprocessor yang boleh beroperasi pada 96KB pada cip SRAM. Proses operasi iPod adalah mudah iaitu dengan hanya memasukkan perisian iTunes pada komputer untuk memuatkan lagu dengan hanya meghubungkan iPod dengan menggunakan kabel firewire atau USB ke komputer. Dengan itu lagu akan dimuat turunkan secara automatik terus ke sistem iPod.

No comments:

Post a Comment