Wednesday, June 27, 2012

Wind Turbine


Tenaga elektrik merupakan satu bentuk tenaga yang banyak digunakan pada masa kini. Pelbagai kaedah ataupun cara tercipta khususnya untuk menjanakan elektrik. Kebiasaanyanya tenaga elektrik dihasilkan melalui stesen hidro ataupun bahan bakar seperti arang batu, minyak dan gas. Kebergantungan kepada sumber alam mendedahkan kepada beberapa masalah seperti mendapatkan bekalan bahan mentah dan harga bahan mentah yang sentiasa naik. Namun kini, masalah ini mungkin dapat diatasi dengan terciptanya teknologi baru dalam penghasilan tenaga elektrik iaitu dengan menggunakan kuasa angin atau lebih dikenali dengan “Turbin Angin”. Penggunaan angin boleh menjimatkan kos pembelian bahan bakar. Kelebihan angin yang utama ialah ia selamat dan bersih. Namun demikian, turbin angin mestilah dipasang ditempat yang lapang. Namun dengan teknologi terkini terdapat turbin angin di pasang di tengah lautan.

No comments:

Post a Comment